Powered By Blogger

Tuesday, 24 April 2012

SINDROM PRA-HAID




JENIS-JENIS SINDROM PRA-HAID ATAUPUN PMS


Sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome) adalah situasi perasaan dan rasa tidak selesa yang dialami oleh wanita menjelang haid. Ada banyak perkara yang boleh menjadi faktor atau penyebab berlakunya gejala PMS ini. Antaranya ialah ketidakseimbangan estrogen dan progesteron dalam tubuh, kadar gula yang menurun kerana pengeluaran insulin yang meningkat dengan tiba-tiba dan kekurangan vitamin B. Sindrom pra-haid atau PMS ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.

PMS Jenis A

Keadaan yang dialami : gelisah, mudah marah, mood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor penyebab : Progesteron lebih banyak dari banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya vitamin B6.

OMS Jenis C

Keadaan yang dialami : Sakit kepala, pening kepala dan jantung berdebar-debar
Faktor penyebab : Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.

OMS Jenis D

Keadaan yang dialami : Tekanan, mudah lupa dan insomnia
Faktor penyebab : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progesteron. Juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.

OMS Jenis H

Keadaan yang dialami : Berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak
Faktor penyebab : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurangnya vitamin B6 dan magnesium

Khasiat Barli




BARLI UNTUK PUTIHKAN WAJAH  





Setiap wanita maupun lelaki mengidamkan wajah yang putih dan bersih. Dan ada banyak produk-produk di pasaran yang boleh dan mudah diperolehi untuk mendapatkan hasil sebegini. Apa kata kita cuba menggunakan bahan asli untuk memutihkan wajah.
Bahan-bahan yang diperlukan amat mudah didapati di mana-mana pasaraya. Apa yang anda perlukan hanyalah barlijus limau nipis dan air masak.

CARANYA :-

Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak. Setelah sejuk, tumbuk barli hingga lumat. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak. Sapukan bancuhan tersebut di wajah sebelum tidur.
Seboleh-bolehnya, amalkan setiap selama seminggu untuk melihat hasilnya.

Mudahkan?

Selamat mencuba!