Powered By Blogger

Monday, 20 February 2012

Cerita Lawak...

Ali ialah seorang anggota polis .Pada suatu hari,ketika dia sedang pergi meronda di sebuah kampung,dia terlihat seorang budak menangis di tepi jalan lalu bertanya:
Ali : Kenapa adik menangis?
Budak : Saya nak lintas jalan ni…
Ali : La..tu pun nak menangis ke…Lintas ajelah,bukannya ada kereta lalu pun…jalan lengang ni..
Budak : Tapi mak kata kalau nak melintas jalan kena bagi kereta lalu dulu tapi dari tadi lagi tak ada kereta yang lalu pun.
Ali : %&$#%%..


ATM MESIN...

Seorang pemuda bernama karim telah pergi ke mesin ATM berdekatan bagi tujuan urusan mengambil duit. Setibanya di mesin ATM tersebut, beliau pun melakukan pilihan menu di skrin. Sewaktu memasukkan nombor pin,seorang pemuda di belakang telah cuba menjenguk dan tersenyum jahat.
Tiba-tiba karim besuara:
Karim:Kenapa kamu pandang dan tersenyum seperti itu?
Pemuda:Sebenarnya saya dah tahu nombor pin kamu.
Karim:Kalau kamu tahu, Apa nombor pin saya?
Pemuda:No pin awak ialah ***** betul tak?
Karim:???


Seringgit????

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman… Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam… Riki punya riki…. last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam….
Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10…kira tong-tong 3 org laaa….. So bila dapat kunci jer…depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik…..
Lepas depa blah pegi bilik….. minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion…so satu bilik cuma RM25 je… 
Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu… On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5… Mamat tu ada 3 org… camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea…dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu… Then belen lagi RM2… dia ambik buat beli jajan…
Maknanya….
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9….
Total depa bayar….RM9.00 x 3 =RM27…
Mamat bell boy tu amik RM2…so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29
Mana pegi lagi singgit….?????????????

No comments:

Post a Comment