Powered By Blogger

Friday, 16 March 2012

SuciNya Hatimu...


Sesuci Hati Habil


E-mailPrintPDF
jagalah_hati1
Pada suatu masa dahulu, Allah telah menciptakan Adam dan Hawa di dalam syurga. Kerana termakan pujukan syaitan, Hawa mengajak Adam memakan buah khuldi dari pohon terlarang sehingga mereka diturunkan ke dunia.
Adam dan Hawa tiba di berlainan tempat di Bumi dan akhirnya mereka bertemu. Mereka melahirkan empat orang anak: kembar perempuan (Labuda dan Ikrima) dan kembar lelaki (Habildan Qabil).
Pada suatu hari, Allah memerintahkan Habil dan Qabil mengorbankan haiwan ternakan dan hasil tanaman mereka. Habil yang ikhlas  dan baik hati membawa biri-biri yang paling gemuk dan buah-buahan terbaik kepunyaannya. Tetapi Qabil pula sebaliknya. Oleh sebab itu, Allah menerima korban Habil.
Qabil sangat dengki terhadap Habil atas apa yang terjadi. Tambahan lagi, Habil juga akan mengahwini kembar perempuan Qabil, Ikrima yang cantik. Sedangkan Qabil juga turut menyintai Ikrima. Bagi Qabil, ayahnya bersikap pilih kasih.
Saat mereka berdua berburu di hutan, Qabil menyatakan kejengkelan hatinya kepada Habil dan berhasrat untuk membunuh adiknya itu. Namun, Habil yang baik hati berkata, "saya tidak akan pernah mengangkat tangan untuk membunuhmu walaupun engkau tetap akan membunuhku."
Tiba-tiba harimau muncul di hadapan mereka. Qabil yang berasa bangga diri cuba untuk menunjukkan kekuatan dirinya dengan bergelut bersama harimau. Namun, harimau itu ternyata lebih gagah berbanding dirinya. Tanpa rasa dendam, Habil menyelamatkan saudaranya daripada menjadi habuan harimau tersebut. Tetapi, perkara itu menambah kejengkelan hati Qabil. 'Habil lebih kuat berbanding dirinya.'
 Syaitan membisik kepada Qabil bagaimana caranya untuk membunuh HabilQabil mengangkat batu berat dan mencampakkannya ke arah kepala HabilHabil akhirnya meninggal dunia dan wujudlah seorang pembunuh manusia pertama dalam sejarah.
Qabil menyesal terhadap perbuatannya yang kejam. Dia sedang berfikir apa yang hendak dibuat seterusnya dengan mayat adik lelaki yang telah dibunuh. Kemudian, dia melihat dua ekor burung gagak hitam yang bertarung dan satu darinya mati tertewas. Burung hitam yang hidup itu menggali tanah dan menanamburung yang sudah mati itu. Qabil mengikut cara tersebut lalu menggali tanah dengan kedalaman yang cukup untuk mayat Habil ditanam. Maka, inilah asasnya cara menanam mayat oleh masyarakat Islam dan kebanyakan budaya manusia kini yang diamalkan untuk beberapa alaf.
Pengajarannya, jadilah seikhlas Habil, dia melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dilakukannya, tidak dengki, pemaaf, suka membantu dan matinya juga insyaAllah di masukkan ke syurga. Berbahagialah dia sana...

No comments:

Post a Comment